Monday, June 14, 2010
Saturday, May 1, 2010
last2 nye..
fuhh....
lame gile dop update blog..sbnrnye mmg rase malas skrg ni n dok tahu bkpe.kmptr pn bru siap beki.bru2 ni rsok dsbbkn oleh adikku yg bwok blik kwn2 ye maen game kat rmh.dok ahu mnde guh.mmg dok ahu mnde r..(rse nk katok rse paler sorg2 gune cpu ea.hek3)
Thursday, March 18, 2010
Friday, March 12, 2010
Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.
Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada sepertiYahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.
Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.
Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.
Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."
Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada sepertiYahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.
Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.
Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.
Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."
Wednesday, March 3, 2010

facebook
berjaya mengaut keuntungan sebanyak
USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak
menghairankan kerana ia disokong oleh
140 juta pengguna aktif di seluruh dunia
dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun
setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook ,
iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam
sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan
dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester
County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg
semasa menuntut di Universiti Harvard
telah menggodam laman sesawang
universiti untuk mendapatkan profail
peribadi para pelajar tanpa kebenaran
mereka? Maka, adakah jaminan terhadap
profail peribadi para pelanggan Facebook
tatkala kini beliau adalah merupakan
CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah
mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke
52 daripada 101 tokoh sebagai antara
'tokoh paling berpengaruh dunia 2008รข€²,
iaitu sebaris dengan nama besar Barrack
Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes
Top400 telah menyenaraikan Mark
Zuckerberg sebagai individu ke-321
terkaya Amerika daripada 400 individu
lain pada 2008? Namun apa yang lebih
penting, Zuckerberg merupakan individu
termuda pernah disenaraikan Forbes,
ketika usianya baru mencecah 24 tahun
dengan kekayaan peribadi sebanyak
USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO
Facebook adalah merupakan seorang ahli
aktif kepada sebuah pertubuhan
persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha
Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki
Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan
menguatkan hubungan sesama Yahudi
diperingkat sekolah tinggi dan di bidang
pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya
terjaga di sudut nilai, etika, dan
menyiapkan peserta untuk menjadi
pemimpin negara dan organisasi Yahudi
pada masa depan dan dalam pelbagai
lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam
senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan
Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan
kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis
antarabangsa seperti AIPAC , Hillel ,
Israel on Campus Coalition , Aish
HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara
Fellowships , B'inai Brith International
, Shaare Zedek , Chai Lifeline ,
Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan
Facebook datang daripada iklan-iklan
yang dipapar. Semakin banyak pengguna
dan pengunjung Facebook , maka semakin
banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke
manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah,
adakah keuntungan besar yang diperolehi
oleh Facebook turut digunakan untuk
membiayai dana perang Israel menentang
umat Islam di Gaza, Palestin dan umat
Islam di seluruh dunia?
Korang Masih Nak Guna Facebook Semata
Mata Untuk Usha Awek2\pkwe2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka
Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita
Setitik .
(sy pom tgh pkir3 nk stop men facebook ea)
Tuesday, March 2, 2010
dripd hawa utk adam(tjuk yer)
d

Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....
Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.
Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.
Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??
Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...
Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.
Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...
Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...
“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”
“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”
“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”
“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut, apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”
“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”
“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”
“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”
“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)





